Wednesday, February 4, 2009

BN ambil perak semula ?

ERKINI – Ketika kerajaan campuran di Perak kelam kabut menggunakan ‘talian hayat’ terakhir bagi memohon perkenan Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) Perak mempunyai bilangan majoriti yang cukup untuk tubuh kerajaan baru di negeri itu. Ini kerana empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering),Hee Yet Fong (Jelapang) serta Datuk Nasarudin Hashim (Bota) (gambar bawah- yang turut hadir) sudah memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa mereka menyokong BN tubuh kerajaan baru. Menurut Najib, tiga ADUN berkenaan kekal sebagai wakil rakyat Bebas manakala Nasarudin akan kembali kepada UMNO selepas sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu. Dalam sidang medianya itu, Najib memaklumkan beliau akan menghadap Sultan Perak esok bagi menyembah cadangan penubuhan kerajaan baru dan calon Menteri Besar yang baru di negeri itu. Katanya, hanya Sultan Perak sahaja mempunyai kuasa muthlak membubarkan DUN. Terdahulu di Perak, Menteri Besar Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin dilaporkan sudah membubarkan DUN sebelum menghadap dan memohon perkenan Sultan Perak. 4/2/2009

No comments: